Happy BirthDay Big GurL

Daisypath - Personal pictureFarah Manja Happy Birthday tickers

ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

I'm TRYING TO CONCEIVE......

Lilypie Trying to Conceive Event tickers

MeMoRiAL....

Lilypie Angel and Memorial tickers

HiDuP bErAnI uNtUk GaGaL

 
 
Saya pasti cara baca ayat di atas adalah begini - "Hidup -Berani Untuk Gagal". Itu satu kenyataan. Jika kita mahu hidup, maka kita mesti berani untuk gagal juga!! Ia menandakan bahawa hidup ini tidak menjanjikan yang manis2 sahaja. Malah kita harus bersedia menghadapi saat2 tersungkur juga.
 
2010 sudah pergi. Saya ingin sekali mengatakan bahawa saya tahun ini adalah antara banyak2 tahun yang saya pernah gagal. Apa yang saya gagal? To be truth...kebanyakannya adalah kerana kewangan. Tetapi alhamdulillah, ni saya nak cerita apakah kekuatan yang saya ada.
  1. Kalau bermasalah lebih2 lagi kalau takde duit, memanglah nafas akan jadi semput. Bukan itu aje, tiba2 kita akan perasan anak2 buat hal. Rumah pun nampak tiba2 sepah. Tapi saya cuba jugak2 paksa diri untuk bertenang. 1stnya saya tidak mahu dengan serabutnya saya, suami saya akan turut serabut juga. Jika dia tenang, saya akan lebih2 tenang. Jadi kunci yang pertama saya adalah - jangan bagi pasangan kita serabut. At least dia ada untuk hal ehwal anak sementara kita mengurus masalah kita.
  2. Doa - hari ini juga saya ketakutan. Takut kalau bank tepon dan kata, "Elo, duit awak tak cukup ni. Ada cek nak clear," Dari pagi lagi saya dok doa...ya ALLAH mintak2 la cukup duit ku dalam bank arini. Berdoa ini, tak perlu di tikar sejadah semata2. Setiap detik yang kita terlintas, cepat2 minta dari ALLAH kerana ALLAH itu Maha Mengetahui.
  3. Yakin diri & optimis - walaupun tau duit kita tahap gitu2 aje, sll pasang ayat begini, "Insya ALLAH kejap lagi adelah tu duit". Makin kita mengenang kesusahan, makin susah hati kita ni. Tapi makin kita mengenang yang positif, kita takkan trasa lagi sakitnya menanggung masalah itu.
  4. Ikhtiar - ya!!Tidak cukup dengan doa. Kita mesti fikir modus2 operandi yang mahu kita gunakan bagi mengatasi masalah kita. Semua modus itu, timbang2kan apkah pro dan apa pula kontranya.
  5. Lakukannya!! - setelah dapat memikirkan kaedah terbaik maka lakukannya dengan berhati2 dan berhemah. Bimbang jika tergopoh, kita akan susah untuk mengawal kesan akhir dari tindakan kita. Manalah tahu keputusan yang kita ambil itu salah, tapi kerana kita tidak terlampau gelojoh, maka sekurang2nya banyak lagi yang boleh diselamatkan.
2011 TELAH datang. Apa persediaan korang? Hihi..saya dah merancang perjalanan kewangan saya. Sebab apa kewangan dulu? Sebab aktiviti dan perancangan lain adalah terlalu bergantung kepada kewangan. Ini adalah persediaan saya untuk BERJAYA...tapi jangan salah faham ya, saya masih merancang sesuatu untuk keluarga kami tapi yang itu, biar saya update kelak lah ye :)