Happy BirthDay Big GurL

Daisypath - Personal pictureFarah Manja Happy Birthday tickers

ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

I'm TRYING TO CONCEIVE......

Lilypie Trying to Conceive Event tickers

MeMoRiAL....

Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, July 29, 2011

PeLbAgAi PeRiStIwA...........Kenangan Pahit Yg Dilalui........

Assalamualaikum sume....
kali ni fara ingin bercerita..huhuuhu...fara nk cerita tentang adik fara amik lesenn memandu..sume dh ader lesen memandu lum...???? adik fara bwu nk amik lesen kn..ish2...ni bkn sbb adik fara xnk amik awal2 tp ini disebabkan adik fara penah kemalangan.....fobia la kut time tuh nk amik lesen...mne xnye, dh xcdent...tp kemalangan ni bukan adik fara yang salah, adik fara xmemandu tanpa lesen pun...mse tuh adik fara ngan my mom...my mom yg bwk...adik fara niyh pembonceng aje...tp my mom pn xsalah...org yg langgar mereka tuh yg salah cz xbg signal nk msuk lorong...mase tuh mereka berada dilorong kanan...jalan mereka sehala je la cz lurus smpai lampu isyarat tp ader sebuah kete ni dr lorong kiri, dengan xbg signal nk msuk simpang..trus je jln..my mom pn brek habis time tuh..alih2 berdebom gak la ngan kete org tuh...yg adik fara ngat, adik fara dh bergolek kt jln raya...my mom kt motor...
Alhamdulillah, tiada kereta yg lalu time tuh...lau x, dh jd arwah adik fara skang...disebbkan kemalangan tuh my mom patah kaki...narnye ader keretakkan pd lutut kanan my mom...mse jadi tuh my mom lgsung xley nk bangun...tkut gak la time tuh..fara msh ingat tarikh kemalangan tuh 24.12.2008...mse tuh lagi 3 hari fara (kakal yg sulung) nk kahwin...byangkn lah..my mom kne stay kt hospital, tp fara nk kahwin niyh..sume my mom yg urus sbb time kenduri kahwin tuh xpggl org catering, ni kira wat kenduri cara org kampung...bergotong-royong...kibut la jadinya..nk xnk adik fara menjadi runner my mom tuk ke hulur kehilir wt  keje..uish...tp fara syukur sgt sbb kwn my mom ramai yg dtg tolong, fara n adik fara dpt tgk sume kwn my mom bersungguh nk bantu...ader yg sponser itu, ader yg sponser ini..ciap bagi perkhidmatan tnpa cas ag..bertuah sungguh my mom ader kwn-kwn mcm tuh..kirenye kenduri kahwin fara x d extend la...jadi gak time tuh..tarikh 27.12.2011 fara menikah..sanding plak 28.12.2011..

Gamabr kami sekeluarga bersama fara dgn suami
sbg pengantin bru 


Alhamdulillah, sume berjalan ngan lancar berkat pertolongan kawan-kawan my mom n my dad..serta sedara mara belah my mom n dad...tapi ader lg satu kisah pada tarikh 28 tuh..time tuh dh nk ptg, kira2 pkul 4 kut..kami dikejutkan dgn satu panggilan dari kampung yg menyatakan Arwah tokwan kami tengah nazak sekarang...ape lag, adik beradik my dad trus gerak pulang ke kampung...msing2 berharap dapat berjumpa ngan arwah tokwan..fara time tuh plak bru lps b'sanding, ngan runsing brg xkemas, terpaksa blek umah tuk kemas brg sambil mata kehujanan ngan mohon agar arwah tok wan dapat bertahan...ikut kate adik my mom yg kami pggl cik jam..ni sume dugaan..mgkn ader hikmah disebalik sume ini terjadi...dlm sibuk mencari brg keperluan, fara dpt satu berita dr ayah cepat siap nk blk kampung dan panggilan tu dr sedara - Fatin...mse tuh fara bru je lpas tenang, akhirnya bercucuran blek air mata fara apabila mendapat tahu arwah tokwan sudah pergi mengadap Illahi..tepat pkul 7 mlm...fara pun trduduk sebentar smbil mata laju je mengalirkan titik-titik kesedihan...mgkn mse tuh Allah ingin menduga kami sekeluarga..yg pling rse sakit, my dad la..mana xnye, isteri sakit, ank nk kahwin yg sulung plak tuh tp Alhamdulillah dh settle dan ayah dikampung ngah nazak..fara sangat kagum ngan my dad coz tabah mengharungi sume tuh..walupn fara xnmpak my dad menangis tp fara thu my dad tengah menagis lam ati..akhirnya, kami tinggalkn sume brg2 hantaran, majlis yg bwu berakhir dan pulang ke kampung dengan menaiki sebuah van pada malam tuh..Malam tu tiada la Malam Pertama bagi fara dan suami......Inai di jari fara masih merah dah berbau inai lagi, Arwah TokWan dah meninggal dunia.....Arwah TokWan dah berjanji dgn fara bahawa nk lihat fara (Cucu Sulung) kahwin....... Al-Fatihah kepada arwah tokwan..

gambar kami sekeluarga bersama arwah tokwan buat kali terakhir..
+___+

Geng laki lam keluarga fara bergambar ngan arwah tokwan

errmmmm...tersedey la plak fara lam entry kali niyh...huhuhuhu

Hanya Kenangan Tersimpan Di Hati ( 29 / 7 / 2011 )

Saya ingin berkongsi kenangan saya pada seseorang iaitu Pn R.

Pn R sangat baik dan semua orang senang bekerja dgn beliau, Pn R ni tegas orangnya tetapi baik hati dan mudah kesian pada sesiapa sahaja kata beliau la..........
Sy senang sgt bekerja dgn beliau, kat pejabat boleh gelak ketawa huha huha huha tetapi kerja jalan..........
Itu yang penting supaya semua orang yang bekerja dgn beliau tidak t'tekan...........
Bkn sesetengah tu.......tau mereka nk tengking2, marah2, bising2......... Semua kerja yg disuruh Pn R, sy akan uat dgn cepat ......hinggakn beliau kata "Aik! cepatnye siap, ye la kamu taip cepat. Kn senang keje dah siap, ni x....... rugi betul la org yg campak2 kamu tu. X pe la farah, sabar je la......Tuhan sentiasa dgn org yg t'anaiya ni....."


Selama satu bulan sy bekerja dgn beliau, beliau byk memberi nasihat kpd sy b'bagai2.........
Beliau ni dah mcm mak sy sendiri..........beliau pun anggap begitu.........
Kadang2 beliau marah2 gurah, pukul2 syg n gurau jer.............
Sy suke lawak, marah gurau dan gurauan beliau..........
Setiap kali sy dtg keje........pasti beliau akan b'tanya "Dah sarapan farah? Puase ke ari ni? Farah bz ker? Ada kerja nk minta tolong dgn farah ni...........
Jika ada keje yg beliau minta tolong, beliau akan duduk b'sama sy sambil buat keje.......mase ni serius, focus pd kerja..........Ada masa time rehat kita rehat..........

Di ofis kami tu ada 2 penghawa dingin........ada la pensyarah tu x tahan panas beliau buka smpi dua.........
kami dua org kesejukan terasa hingga tulang..........Pn R pun tutp la satu penghawa dingin b'dekatan tmpt duduk kami...........cuma buka satu jer di bhgn pensyarah tu.........itu pun sejuk lg.........
X pe la nk uat mcm mane kne la tahan juga.........Kadang2 tu Pn R akan tutup semua penghawa dingin.....
Dah x tahan kesejukan..........

Hari ni adalah ari t'akhir utk bln ni utk beliau di sini, beliau akan pulang ke rumah. Sy sempat b'salam, b'peluk2, b'cium2.......mohon maaf nk puase n raya ni.........halalkn mkn minum..........
Mase ni sy rase sedih sgt nk lpskn beliau.........lps sy blk ke ofis meleleh air mata sy hingga t'esak2........
Hati sy berase bru saje kehilangan beliau......... Mungkin sy dah t'lalu sygkn beliau seperti mak sy sendiri........ Sy b'tanya kpd diri sy " Knp dgn sy ni? Mungkin sy t'lalu syg beliau....." Sy terus sms beliau menyatakan perasaan sy td.........Beliau balas sms sy " Salam semoga kita sentiasa dilindungi Allah...Terima Kasih........"


Sunyi la ofis ni tanpanya.......beliau suka b'gurau utk mengelak tekanan, lawak n tegas.........
Mungkin ari mendatang sy akan sentiasa merindui beliau.........
Semoga Allah sentiasa melindungimu Pn R.........dan semoga kita bertemu kembali.........
Insya-Allah...................Amin.............

Sunday, July 24, 2011

Kelebihan Ramadan

  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
      (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :


      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila  dia berdiri maka berdoalah hamparannya :  (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani  tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut  (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya:  ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
    • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
    • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
    • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
    • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
    • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
      • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
      • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
    • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)
       
    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam  syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya  hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat  dari pagi  hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang  salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).


Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi

PENANTIAN KEMUNCULAN BULAN RAMADHAN

Salam,


Minggu ni adalah minggu t'akhir pada bulan Sya'aban sblm munculnya bulan Ramadhan.
Apakah p'siapan anda? sudahkah anda b'sedia untuk m'hadapi Bulan Ramadhan.........


Kita haruslah p'siapkan diri untuk menyambut Bulan Ramadhan yang mulia dan penuh b'makna.....
Bagi saya pula sudah b'sedia utk m'hadapi Bulan Ramadhan yang mulia.........
Pada Bulan ini juga t'dapatnya malam Lailatul Qadar, Rebutlah peluang di malam Lailatul Qadar daripada :


Dato' Dr Haron Din

Ramadan adalah bulan yang terbaik, penghulu segala bulan yang sama dengan hari Jumaat, penghulu segala hari.

Ia merupakan anugerah Allah kepada insan muslim agar mengambil kesempatan daripada kedatangan Ramadan dengan memperbanyakkan kerja taat kepada Allah untuk memperolehi anugerah tambahan-Nya atau bonus agung-Nya dengan menjanjikan Lailatul Qadar yang biasanya akan jatuh pada salah satu daripada 10 malam terakhir.

Mungkin inilah yang disebut oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dalam satu hadis yang bermaksud: Alangkah hairannya, bagi orang yang dianugerahkan umur sehingga selesai satu Ramadan tiba-tiba ia tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT.

keampunan itu merupakan satu anugerah yang dijanjikan kepada orang yang benar-benar menjadikan Ramadan sebagai bulan ibadah khusus kerana Allah. Di samping mengharapkan keampunan.

Nabi juga pernah sebut dalam hadis: "sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala Allah, maka akan diampunkan segala dosa-dosanya."

Lebih khusus daripada itu, kita lihat kepada tarbiyah yang ditarbiyah Rasulullah kepada umatnya menerusi satu hadis sahih.

Daripada Aishah r.a dengan pesannya,"wahai Aishah, sekiranya kamu ditemukan Allah dengan malam Qadar, maka perbanyakkan doa memohon kepada Allah yang ditentukan perkara yang hendak dicapai dalam doa itu ialah : Ya Allah ! Kamulah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Mulia, Ampunkanlah dosa saya."

Tarbiyah yang dimaksudkan itu dengan meletakkan pengharapan yang begitu tinggi, agar kesalahan, ketelanjuran atau kesengajaan, Allah akan terima pengampunannya pada 10 malam akhir Ramadan, akan diampunkan dosa.

Jelas kelihatan bahawa yang amat perlu dipohon kepada Allah ialah penghapusan dosa dan bukan kemanfatan duniawi seperti memohon kekayaan, kemenangan menghadapi musuh, kehebatan dalam kerjaya atau apa sahaja yang namanya hambatan dunia. Semuanya itu tidak penting berbanding dengan keampunan dosa.

Kerana jika diamati akan ternampak kehebatan pencapaian manusia dalam kehidupan ini bukannya kejayaan bersifat sementara.Kehebatan yang agak sementara, akan tetapi kehebatan Allah dengan penghapusan dosa adalah suatu impian dan pencapaian yang begitu tinggi kerana itulah maka fokus utama setiap muslim ialah hari-hari akhir 10 malam ini.

Menjadi satu fokus ke arah meletakkan nilai diri insan yang semata-mata untuk mendapat keredaan Allah. Sekiranya matlamat keredaan Allah itu sudah dicapai, maka tercapailah kemuncak daripada tujuan sebenar manusia ini diciptakan Allah yang akhirnya kepada Allah sahaja tumpuan hidup semua makhluk bagi mendapat reda Allah.

Janji-janji Allah pada hamba-Nya

Ramadan juga merupakan bulan muhasabah untuk kita melihat sekadar mana daya juang kita dalam menangani cabaran penghidupan khususnya cabaran untuk menanggung dan menyempurnakan amanah Allah yang telah dipikulkan ke atas mereka suatu tugas untuk martabatkan agama Allah melainkan dengan usaha berterusan mengharungi suatu perjuangan menentang segala halangan bagi meletakkan kegemilangan Islam di tengah penghidupan yang semakin mencabar.

Lebih-lebih lagi di hari-hari yang sedang kita lalui ini. Di mana umat Islam seolah-olah dijadikan mangsa kepada kegelojohan musuh-musuh Islam yang dari dulu mencari peluang untuk mengganyang umat Islam.

Suasana akhir-akhir ini, selepas tragedi 11 September 2001 seolah-olah menghalalkan untuk mengambil apa sahaja tindakan ke arah pengganyang umat ini dan sekaligus hendak membenarkan Islam itu dari terus wujud di maya pada ini.

Tetapi yakinilah wahai saudara yang seagama denganku bahawa Allah telah menjanjikan suatu 'madah' yang akan menjadi perangsang untuk pejuang-pejuang Islam khasnya di akhir-akhir Ramadan dengan ayat Allah yang bermaksud : "mereka itu musuh-musuh kamu hendak menghapuskan cahaya Allah, agama Islam dengan pelbagai usaha mereka tetapi Allah tidak membiarkan mereka berbuat demikian, dan Dia (Allah) akan menyempurnakan agama kamu dan memenangkan meskipun dibenci oleh orang-orang musyrikin."

Janji-janji seperti ini jelas diterangkan dalam al-quran seperti dalam surah Annur ayat 55 yang mafhumnya : " Allah berjanji dengan kamu yang beriman denganNya. akan diangkat mereka menjadi khalifah (pemerintah) seperti mana Allah telah mengangkat angkatan-angkatan sebelum daripada angkatanmu pemerintah bumi Allah dan pada ketika itu segala perkara huru hara yang berlaku akan digantikan dengan keamanan yang sebenar. Kamu menyembah Allah tanpa menyekutuiNya. Dan sesiapa yang tidak percaya dengan janji sedemikian itu, mereka itu ialah orang-orang yang fasiq."

Oleh itu, maka Ramadan yang bakal tinggalkan kita ini amat berguna lagi kalau diisinya dengan pengorbanan harta benda bagi membantu perjuangan sebagaimana lambang kewajipan fitrah yang diwajibkan kepada setiap individu yang hidup sepanjang Ramadan hingga mencecah menemui awal Syawal.

Pun demikian keseluruhan umat Islam mengeluarkan kewajipan fitrah mereka pada beberapa hari terakhir Ramadan. Hampir berlaku orang yang semata-mata sengaja tidak tunggu kedatangan syawal barulah hendak menunaikan kewajipan zakat fitrah.

Amalan mengawali membayar zakat fitrah adalah petunjuk kepada wujudnya ibadah 'maliyyah' walaupun sedikit tetapi seboleh-bolehnya pengorbanan harta ini dibuat sebanyak yang mungkin bagi mengejar ganjaran yang sebanyak mungkin, lebih-lebih lagi jika sekiranya pengorbanan harta itu dilakukan pada malam Qadar atau setidak-tidaknya berlaku dalam bulan Ramadan.

Maka semuanya itu menyaksikan kita tergolong dalam golongan hamba-hamba Allah yang cukup beruntung memanafaatkan kedatangan Ramadan dengan amal-amal yang berguna untuk diri kita khususnya di saat kita menemui Allah di hari akhirat nanti.



Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :

1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -

3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.


Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.

b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.

c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.

d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

Tuesday, July 19, 2011

Aku Bahagia menjadi Seorang Isteri

♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
  • السلام عليكم ورحمة الله Ùˆ بركاته







Allah memberikan perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalam situasi apapun.

Wanita adalah tali penghubung antar keluarga, persendian anggota bangsa, serta tempat mengalirnya darah umat yang dapat membangkitkan semangat hidup, dan gairah kerja.

Wanita adalah tempat Alloh Subhanahu Wa Ta'ala menitipkan segala arti keindahan yang memukau.
Dengan kecantikan, keindahan dan kemanjaannya yang menawan, wanita menjadi tuan penguasa dan penakluk hati.

Dia adalah teman yang jujur serta pendamping hidup pria dalam suka dan duka.
Ketika seorang suami pulang menemui isterinya, setelah selesai melaksanakan tugas, pikirannya masih sarat dengan beban hidup dan pait getirnya.

Seorang isteri akan datang menyambutnya dengan belaian kasih sayang, serta menghadiahinya senyuman manisnya sebagai obat penawar yang mengiringi pandangan memikat, yang masuk menembus relung-relung hati suami, sehingga ia melupakan pahit getirnya yang dialami.

Siapa yang mampu menghibur pria pada saat dirundung duka, selain wanita?

Dapatkah kaum pria menemukan benteng tempat melindungi dirinya dari kecamuk perang, yang dipagarnya hancur berkeping-keping karang-karang bencana,
serta dihadapannya wajah malam terlihat indah dan menawan, seperti yang dapat mereka temukan pada wanita-wanita sholehah ketika mereka kembali untuk menikmati kedamaian hati disisinya dan mendengarkan tutur bahasanya yang menawan?

"Dan diantara tanda-tanda (kebesaran) kekuasaan-Nya ialah DIA menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tentram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (Kebesaran Alloh) bagi kaum yang berfikir." (Q.S Ar-Rum:21)

Barang siapa yang mengamati dengan baik susunan tubuh wanita beserta perangkat-perangkat yang ada pada dirinya, yang pertama kali sekali dia lihat adalah Inayah Ilahi yang bekalinya dengan perangkat yang dibutuhkan agar dia bisa menjalankan fungsinya dalam kehidupan seperti perangkat jasmaniah, persiapan kejiwaan, dan naluri alamiah.

Hal itu merupakan saksi hidup yang bisa bertutur bahwa panorama yang susunan yang menakjubkan tidak mungkin ditemukan tandingannya pada pria, tidak diciptakan kecuali untuk membantu wanita agar dia bisa menunaikan tugasnya dalam kehidupan, yaitu sebagai seorang ibu.

Wanita sesuai dengan unsur susunan tubuh dan kesiapan jiwanya untuk diciptakan menjadi seorang atau seorang ibu. Hal itu merupakan sebuah fakta yang sudah mutlak dan tidak mungkin bisa diubah lagi.

Fakta ini akan terus berlanjut menyampaikan dengan yang amat jelas bahwa kesempurnaan dan keagungannya hanya dengan menjadi seorang ibu.

Profesi sebagai seorang ibu tidak kalah pentingnya dibandingkan dengan fungsi para panglima dimedan laga.
Kalau panglima bertanggung jawab mengangkat bendera kemenangan Negaranya dari serangan musuh,
maka ditangan seorang ibulah masa depan anak-anak sangat bergantung pada pendidikan mereka yang baik dan akhlaq mereka yang baik dan akhlaq mereka yang mulia. Alloh menciptakan wanita menjadi sangat utama.

Alloh menciptakan bahu wanita agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Alloh memberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa. Alloh Subhanahu Wa Ta'ala memberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Alloh memberikan perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalam situasi apapun. Walau, tak jarang anak-anaknya itu melukai perasaannya, melukai hatinya.

Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Alloh memberi wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa-masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?

Alloh memberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan,
bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya.

Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.

Kemudian Allah memberikan wanita air mata agar dapat mencurahkan perasaannya.
Inilah yang khusus diberikan Alloh kepada wanita, agar dapat digunakan kapanpun ia inginkan.
Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan.

SO, I'm proud be a woman...

Sekarang tugas kita adalah bagaimana kita bisa menjaga amanah sebagai wanita, agar kita tergolong wanita yang sholeh, menjadi wanita calon penghuni syurga, menjadi wanita yang melahirkan anak-anak yang sholeh, dan wanita yang membawa kepada keimanan terhadap orang disekelilingnya.
Wallohu a'alam bish showab.

Semoga bermanfaat...
Oleh:Admin-Muslimah sholehah..
ƸӜƷ.¸¸¸.••..ƸӜƷ..••.¸¸¸.ƸӜƷ
Dan bilamana ada kata maupun penulisan yang salah mohon di benarkan
Salah dan Hilaf andai ada kata yang kurang berkenan mohon ma'afkan
Kami Hanya Insaniah fakir Hamba Allah yang tiada daya dan Upaya
Dipersilahkan bagi yang ingin share or copas jikalau bermanfa'at,
semuanya milik bersama
Bagi sahabat2 Muslimah Sholehah yang berminat
dan bersedia memberikan ilmunya berupa catatan,
puisi, doa dan kisah yang dapat menambah keimanan kita,
silahkan hubungi admin Andhika Al-Banjari Mtp

♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥.
 Prinsip ABC
 A mbil yang baik
B uang yang buruk
 C iptakan yang baru
Keep Istiqomah wa HAMASAH




Monday, July 18, 2011

BILA KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS

Tidak semua tangisan itu negatif dan tidak semua insan yang menangis itu lemah.
Bilakah tangisan ini membawa erti kekuatan dan kehebatan?
1. Menangis kerana rasa cinta dan takut kepada Allah
2. Menangis kerana menginsafi kelemahan diri dan ahli keluarga dan berusaha untuk memperbaikinya.
3. Menangis apabila melihat saudara seaqidah dizalimi dan berusaha untuk membantu.
4. Menangis apabila melihat tatasusila umat Islam yang telah melampau.
5. Menangis kerana berasa syukur dengan rahmat Allah yang terlalu banyak walaupun dirinya ditimpa bencana
6. Menangis kerana menyesali dosa dan menyedari kesilapannya
7. Menangis apabila dia menemui kebenaran setelah sekian lama hanyut di dalam kesesatan.
Tangisan-tangisan ini adalah kehebatan kerana orang yang menitiskan air matanya kerana Allah, adalah orang yang cukup tinggi rasa keimanan dan taqwanya seperti yang ditunjukkan melalui sabda Rasulullah yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a,
"Tidak akan masuk neraka seorang laki-laki yang menangis kerana takut pada Allah Swt. sehingga air susu kembali masuk ke dalam puting..." (H.R Tirmidzi)
Pada satu ketika Rasulullah saw. berkhutbah di hadapan para sahabat, beliau bersabda," Seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui sungguh kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis." Kemudian para sahabat menutup wajah mereka dan mereka menangis.(Muttafaq 'Alaihi)
Pada suatu hari Rasulullah saw telah mendengar seorang sahabat Baginda yang sedang membaca al Quran. Apabila sampai ke ayat yang bermaksud:
"Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah seperti kulit yang merah" Surah ar Rahman – 37
Bulu roma si pembaca itu berdiri tegak dan dia menangis tersedu-sedu sambil bertanya:"Aduh, apakah yang akan berlaku pada diriku apabila langit terbelah? Malang sungguh nasibku ini."Rasulullah saw berkata kepadanya:" Tangisanmu telah menyebabkan para malaikat menangis bersama-sama."
Jawapan yang sama telah diberikan oleh Rasulullah saw kepada seorang Ansar yang duduk menangis selepas menunaikan sembahyang Tahajjud.
Abdullah bin Rawahah telah menangis pada suatu hari. Isterinya melihat keadaannya turut menangis bersama-sama, dia bertanya kepada isterinya itu:"Mengapa kamu menangis?" Kata Abdullah:"Apabila aku teringat yang aku terpaksa menyeberangi neraka melalui titian sirat, aku menangis."Aku tidak tahu sama ada aku akan berjaya menyeberanginya atau tidak."
Subhanallah, kehebatan yang terserlah dengan linangan air mata yang membuktikan kekuatan seseorang insan.
Malah di antara tanda-tanda yang menunjukkan seseorang ini keras hatinya ialah apabila dia sukar untuk menangis di hadapan Ilahi.
Bilakah kali terakhir daku menitiskan air mata keranaMu ya Ilahi?

::TomYam BeluT::

Assalamualaikum....

Kali ni sy nk bercerita...ttg mknn...ikut tajuk entry kali ni asalnya tomyam..tp bkn tomyam biasa yg slalu kite mkn kt kdai tp niyh my  lovely mom yg msak..tomyam belut...mesti semua ngeri kn ble dgr perkataan 'BELUT'...eeeeeee..huhuhuhuhu :D


  


belut ni sememangnye salah satu spesies ular..tp ini kite bleh mkn taw..rasenye cam ikan keli...belut ni pun byk khasiatnya juga... Belut atau nama saintifiknya Monopterus albus termasuk kategori ikan dan berbentuk panjang dengan kepalanya yang bulat dan berinsang... terdapat tiga jenis ikan belut, iaitu belut sawah (Monopterus albus Zuieuw), belut rawa (Synbranchus bengalensis Mc. Clell), dan belut bermata sangat kecil .

Tomyam belut, my lovely mom masak
belut ngan tambahan cendawan...hhhmmm...nyam...nyam...
ni die yg makin buat tomyam belut sedap
---> rangkaian sayuran seperti sayur brocoli, cendawan n bawang n serai n daun limau..
my favourite tom yam....kalau sy rajin....sy akan masak tom yam gak tp bkn belut, tom yam biasa jer....
seperti tom yam ayam, campur, seafood......adik2 sy paling gemar sy masak tom yam.....


Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak. Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi. Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, bisul, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan. Dalam perubatan tradisional, belut dikatakan mampu mengubati pelbagai penyakit.


Bagi pengidap buah pinggang, belut dimakan hidup-hidup ataupun dipanggang terlebih dulu. Limpa belut dipercayai mampu mengubati penyakit lelah caranya, limpa belut salai, kemudian dibakar hangus akan dimakan bersama seulas bawang putih dan serbuk halia. Selain itu amalan meminumnya dengan reneh sup belut dikatakan mampu mengubati penyakit lelah. Sup belut juga mampu mengubati penyakit darah gemuruh dan mengatasi masalah lemah tenaga batin. Pesakit yang baru selepas pembedahan elok minum sup belut bagi menyembuhkan luka dan kesan pembedahan dengan lebih cepat.

Sup Belut
Hidangan Sup Belut
Spesies ikan ini jika diamalkan dengan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis.

 


Hah, mcm mana penerangan sy tentang belut ni..huhuhu...ape2 pun jgn menggeli sangat tau even belut ni cam ular because ianya hanya satu binatang atau haiwan yg boley kiter jadikan makann..khasiat die juga untuk kesihatan kiter jugak...
Diharap semua dapat mencubanya...Selamat Mencuba....huhuhuh (^_^)