Happy BirthDay Big GurL

Daisypath - Personal pictureFarah Manja Happy Birthday tickers

ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

I'm TRYING TO CONCEIVE......

Lilypie Trying to Conceive Event tickers

MeMoRiAL....

Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, January 17, 2011

RUMUSAN UNTUK PROGRAM TRANSFORMASI BELIA CEMERLANG SIRI 2/2010



Program Transformasi Belia Cemerlang 1 Malaysia Siri 2/2010 yang dijalankan pada 16 hingga 18 Disember 2010 di FELDA Residence Tekam pada kali ini merupakan program yang mempunyai kesinambungan dengan program seumpamanya yang telah dijalankan pada 29 hingga 31 Julai 2010 di Bukit Fraser, Pahang. Program pada kali ini lebih menekankan aspek transformasi dari segi kepimpinan dan cabaran belia sebagai pemimpin masa hadapan.

Walaupun kehadiran peserta sedikit berkurang daripada program yang lalu iaitu seramai 71 orang peserta yang hadir berbanding 82 orang pada program yang lalu, namun, kesungguhan dan disiplin peserta pada kali ini patut diberi pujian. Kepatuhan terhadap arahan, ketepatan masa serta penyesuaian diri di kalangan para peserta adalah peningkatan yang berjaya dicapai dalam program pada kali ini.

Program transformasi ataupun program pembangunan belia seperti ini merupakan satu usaha yang dapat melahirkan belia yang mampu mendukung misi dan visi negara dalam mencapai Wawasan 2020. Ini kerana program-program seperti ini dapat memberi kesedaran kepada para remaja dan belia tentang peranan mereka pada hari ini yang dapat mengubah halatuju negara pada masa hadapan.  Oleh itu, program ini boleh dijadikan medan atau platfom untuk melatih para belia dalam melahirkan pemimpin yang bersemangat juang yang tinggi dan sentiasa berusaha membangunkan diri menjadi pemimpin yang berkarisma dan mempunyai gaya kepimpinan yang diterima masyarakat.

Secara keseluruhannya, aktiviti-aktiviti dan juga ceramah-ceramah yang disampaikan dalam Program Transformasi Belia Cemerlang 1 Malaysia Siri 2/2010 pada kali  ini telah memfokus kepada 5 aspek yang utama iaitu dari sudut Kecerdasan Emosi (EQ), Kecerdasan Mental (IQ), Kecerdasan Sosial (SQ), Kecerdasan Fizikal (PQ) dan juga Kecerdasan Rohani ataupun Spiritual (SQ).

Kursus ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari SENADA yang terdiri daripada Encik Mohammad Hafisol Yusoff yang merupakan Timbalan Setiausaha SENADA, Cik Ameillia Ariffin selaku Pengarah Program, Cik Sakilaton Ramli, Cik Seri Norbalqish Mohd Tahir, Cik Mazlina Haja Mydin, Cik Nor Suria Abdllah, Puan Anizan Azma Abdul Latif, Encik Mohd Haslinor Jamaluddin, Encik Nor Mazlan Mohd, Encik Hazimi Ramli dan Encik Raimie Shahreen Rashid   yang bertindak sebagai penyelaras dan juga menjalankan tugas sebagai urusetia sepanjang kursus selama 3 hari 2 malam.

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan pada saat-saat akhir, VIP yang dijemput bagi Upacara Perasmian Program iaitu Yang Berusaha Encik Mohammad Foad Abdullah selaku Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) tidak dapat hadir pada majlis perasmian. Oleh itu, Timbalan Setiausaha SENADA iaitu Encik Mohammad Hafisol Yusoff telah mewakili dan membacakan  ucapan Yang Berbahagia Encik Mohammad Foad Abdullah seterusnya merasmikan program dengan jayanya.  Walau bagaimanapun, majlis perasmian program ini juga turut diceriakan dengan kehadiran seorang selebriti terkenal negara kita iaitu Encik Fazley Yaacob.

Program ini juga turut dihadiri oleh seorang ‘Hero Malaya’ yang tidak asing lagi iaitu Encik Kamal Affandi Hashim yang merupakan seorang Penganalisis Jenayah yang telah mengupas tentang Belia dan Gejala Sosial.

Pihak Hushim Motivational & Counselling Consultancy (HMCC) pula telah dihadiri oleh Tuan Cr. Hj. Hushim Hj. Salleh yang merupakan seorang kaunselor berdaftar, Encik Mohd. Fauzan  Hj. Hushim, Encik Syaiful Azlan Jaafar, Encik Abu Zarim Hj. Ahmad, Encik Suhaizal Suriff, Ustaz Mohd. Ridzwan Jamaludin dan Encik Kasyful Ariff Zalul Ariff yang bertindak sebagai fasilitator sepanjang kursus. 

Terima kasih kepada semua faisilitator – fasilitator serta urusetia – urusetia yang terlibat di dalam program ini.


No comments:

Post a Comment