Happy BirthDay Big GurL

Daisypath - Personal pictureFarah Manja Happy Birthday tickers

ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

I'm TRYING TO CONCEIVE......

Lilypie Trying to Conceive Event tickers

MeMoRiAL....

Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, January 17, 2011

RUMUSAN UNTUK PROGRAM TRANSFORMASI BELIA CEMERLANG SIRI 2/2010



Program Transformasi Belia Cemerlang 1 Malaysia Siri 2/2010 yang dijalankan pada 16 hingga 18 Disember 2010 di FELDA Residence Tekam pada kali ini merupakan program yang mempunyai kesinambungan dengan program seumpamanya yang telah dijalankan pada 29 hingga 31 Julai 2010 di Bukit Fraser, Pahang. Program pada kali ini lebih menekankan aspek transformasi dari segi kepimpinan dan cabaran belia sebagai pemimpin masa hadapan.

Walaupun kehadiran peserta sedikit berkurang daripada program yang lalu iaitu seramai 71 orang peserta yang hadir berbanding 82 orang pada program yang lalu, namun, kesungguhan dan disiplin peserta pada kali ini patut diberi pujian. Kepatuhan terhadap arahan, ketepatan masa serta penyesuaian diri di kalangan para peserta adalah peningkatan yang berjaya dicapai dalam program pada kali ini.

Program transformasi ataupun program pembangunan belia seperti ini merupakan satu usaha yang dapat melahirkan belia yang mampu mendukung misi dan visi negara dalam mencapai Wawasan 2020. Ini kerana program-program seperti ini dapat memberi kesedaran kepada para remaja dan belia tentang peranan mereka pada hari ini yang dapat mengubah halatuju negara pada masa hadapan.  Oleh itu, program ini boleh dijadikan medan atau platfom untuk melatih para belia dalam melahirkan pemimpin yang bersemangat juang yang tinggi dan sentiasa berusaha membangunkan diri menjadi pemimpin yang berkarisma dan mempunyai gaya kepimpinan yang diterima masyarakat.

Secara keseluruhannya, aktiviti-aktiviti dan juga ceramah-ceramah yang disampaikan dalam Program Transformasi Belia Cemerlang 1 Malaysia Siri 2/2010 pada kali  ini telah memfokus kepada 5 aspek yang utama iaitu dari sudut Kecerdasan Emosi (EQ), Kecerdasan Mental (IQ), Kecerdasan Sosial (SQ), Kecerdasan Fizikal (PQ) dan juga Kecerdasan Rohani ataupun Spiritual (SQ).

Kursus ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari SENADA yang terdiri daripada Encik Mohammad Hafisol Yusoff yang merupakan Timbalan Setiausaha SENADA, Cik Ameillia Ariffin selaku Pengarah Program, Cik Sakilaton Ramli, Cik Seri Norbalqish Mohd Tahir, Cik Mazlina Haja Mydin, Cik Nor Suria Abdllah, Puan Anizan Azma Abdul Latif, Encik Mohd Haslinor Jamaluddin, Encik Nor Mazlan Mohd, Encik Hazimi Ramli dan Encik Raimie Shahreen Rashid   yang bertindak sebagai penyelaras dan juga menjalankan tugas sebagai urusetia sepanjang kursus selama 3 hari 2 malam.

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan pada saat-saat akhir, VIP yang dijemput bagi Upacara Perasmian Program iaitu Yang Berusaha Encik Mohammad Foad Abdullah selaku Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) tidak dapat hadir pada majlis perasmian. Oleh itu, Timbalan Setiausaha SENADA iaitu Encik Mohammad Hafisol Yusoff telah mewakili dan membacakan  ucapan Yang Berbahagia Encik Mohammad Foad Abdullah seterusnya merasmikan program dengan jayanya.  Walau bagaimanapun, majlis perasmian program ini juga turut diceriakan dengan kehadiran seorang selebriti terkenal negara kita iaitu Encik Fazley Yaacob.

Program ini juga turut dihadiri oleh seorang ‘Hero Malaya’ yang tidak asing lagi iaitu Encik Kamal Affandi Hashim yang merupakan seorang Penganalisis Jenayah yang telah mengupas tentang Belia dan Gejala Sosial.

Pihak Hushim Motivational & Counselling Consultancy (HMCC) pula telah dihadiri oleh Tuan Cr. Hj. Hushim Hj. Salleh yang merupakan seorang kaunselor berdaftar, Encik Mohd. Fauzan  Hj. Hushim, Encik Syaiful Azlan Jaafar, Encik Abu Zarim Hj. Ahmad, Encik Suhaizal Suriff, Ustaz Mohd. Ridzwan Jamaludin dan Encik Kasyful Ariff Zalul Ariff yang bertindak sebagai fasilitator sepanjang kursus. 

Terima kasih kepada semua faisilitator – fasilitator serta urusetia – urusetia yang terlibat di dalam program ini.


PELUPUSAN AL-QURAN



saya tertarik dengan artikel ini, mula2 sekali saya baca artikel ini dekat kosmo, dan kemudian berita harian dan kemudian majalah 3. Cara pelupusan al Quran yang baik setakat ini. pada mula nya saya x tau yang al quran bole dilupuskan. saya ingat kalu rosak, simpan jer la sampai dimakan zaman. tapi x rupanya bole dilupuskan.Rahmat Mahdan telah menjelajah ke beberapa negara bagi mengatahui kaedah yang sebenar melupusakan al Quran dan kemudiannya balik ke Malaysia dan mencipta sebuah insinerator yang dapat membakar helaian al Quran dan abunya dikumpul di belakang mesin tersebut ape bila sudah siap dibakar dengan suhu 1000 degree.abu itu kemudian nya dibancuh dengan air,bagi dye sebati dan selepas itu akan disemadikan di dalam lubang berhampiran dengan tempat membakar tu jugak. kenapa abu tu tak buang dekat laut@sungai jer? Rahmat memberitahu takut nanti abu tu akan berterbangan dan mungkin tidak akan larut dengan sebati dengan air tersebut.

baru la aku tahu, perkara yang sebenarnya. kalu nak baca keratan
berita harian tu bole klik sini.

dalam
majalah 3 baru ni, Tuan empunya tempat pelupusan itu ada mengiklankan bahawa jika kita dapat membawa kepada dia 2 al Quran yang sudah usang, dia akan mewakafkan kepada kita 1 buah al Quran buatan luar negara, tak ingatla negara mana, Iran ker ape entah. dye cakap al Quran Malaysia dah bagus dari semua segi cuma kekemasan dye jer kureng nak dibandingkan luar negara punya.nnti kalu ade masa ingat nak pergi tempat tu la. tapi dalam sesawang dia cakap lain, tapi tak tau la. kalu nak tau lebih lanjut kol jer, abis citeralamat tempat melupus

Pusat Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang, Selangor.
alamat main office

PERCETAKAN SAUFI
55,Lorong Haji Hussein Satu,
Off Jalan Raja Muda,Kampung Baru,
50300 Kuala Lumpur.

Tel : 03-2693 3049, 2691 5184
Faks : 03-2691 3051

RAHMAT MAHDAN : 019-3376159
KHAIRUL AIZAT : 010-3086776, 017-3085773

Monday, January 3, 2011

TIPS UNTUK KURUSKAN BADAN

Hi :D Saya tak tahula samaada saya ni orang yang bertauliah nak bercerita pasal diet ni; sebab saya bukan medical doctor ataupun ahli terapi pelangsingan badan. Tapi kalau cakap pasal diet yo yo ohohoho... saya la orang yang selalu mengalaminya.Jom main teka teki, Kejap flat kejap buncit, tahukah anda apakah dia? Perut.Especially utk mereka yang dah menjadi ibu seperti saya, kembung perut selepas makan adalah perkara biasa, ha.. bukan baby aje yang boleh kembung perut.


Mungkin ini perkara biasa dialami oleh semua orang. Dan ada macam-macam diet ada di pasaran. Yang paling biasa dengar, Diet detox. Yang paling jarang dengar Diet Sonoma. Diet Protien pun ada. Diet orang Jepun? Emm.. pernah terbaca tentang itu juga.

Diet Detox: Saya paling tak boleh pergi dengan diet ini. Saya tak tahu lah orang lain, tapi ikut pengalaman saya, setelah mengeksperimenkan diet ini, saya akan end up lesu dan marah-marah sebab asyik kena pegi toilet buang air. Dan laparnya Tuhan je yang tahu. Saya akan end up makan lebih banyak dan end up jadi lebih chubby. Dan hubby saya akan mula panggil saya dengan nama manja, " Buncitku sayang." Tension tak? Secara saintifiknya diet detox akan buat hati dan ginjal bekerja 2 kali ganda sebab nak stabilizekan glucose dalam darah. Sebab teh atau jus yang kita minum very high in toxin dan otak akan signal hati dgn ginjal kerja kuat. Jadi tak baik guna diet macam gini. Biasanya bila stop minum teh/jus tu, kita akan jadi lebih lapar dan lebih mengidam dan end up jadi lebih gemuk.. Oh TIDAK!!!

Diet Protien: Bancuh serbuk protien bersama susu atau jus. Atau makan sumber protien sahaja seperti ayam dan ikan. NOT Daging merah okay? Daging merah banyak lemak. Seriously mmg berkesan utk mereka yang disiplin tinggi. Tapi utk mereka yang tak biasa seperti saya akan end up makan ikan dan ayam banyak2. :P Sama ajer, tak gemuk, tapi berat tak turun.


APAKAH PILIHAN ANDA? KURUS ATAU GEMUK


DIET EPAL HIJAU
Ini yang saya sedang praktiskan sekarang, dan saya dah turun banyak kilo dengan diet ini. 4 kg. ( Lepas raya memang gemuk gila. Hahaha pecah rahsia )

SARAPAN: Oatmeal dan Low Fat Milk


Snek 10.00 pagi: Jus Epal Hijau


Lunch: Jus Epal Hijau


Snek Pukul 3: Jus Epal Hijau


Makan Malam 6.30 ptg: Protien ( 1 pcs of Ikan/ Ayam )
Sup Sayur
Nasi (sikit je tau)


10 malam sebelum tido:Jus Epal Hijau


* Minum air masak al least 3 liter satu hari. Anda akan mengalami penurunan 2kg seminggu.


Jus epal ni harus di buat sendiri, bukan yang dibeli di super market. Yang jus dah siap tu tinggi kandungan gulanya. Minum dengan terus setelah di blend, tak perlu tapis sebab fibernya yang akan buat kita rasa kenyang.Kalau kata kerje di ofis, takkan nak bawa blender kan? So bawa ajerla epal hijau. Jangan lupa minum air banyak-banyak. Emm.. Cubalah... Murah dan berkesan. Saya suka beli epal hijau banyak2 di Tecso. Selalu beli supply untuk seminggu, tak lebih RM 20 pun. Kalau nak beli jus diet mahal2, 10 paket sampai beratus-ratus.And then tak kurus lepas tu marah2. hihihi


Ya, berkesan utk sesiapa sahaja, lelaki atau perempuan. Sesiapa yang salahkan facebook badan dia jadi gemuk, ya, sila la bawa epal hijau ke opis anda dan gantikan snek-snek kentang@twisties dengan epal hijau. :-P.


Pada saya, nak kuruskan badan ni susah la juga... Kalau buat dua perkara ni juga, Insya-Allah boleh kurangkan berat badan dengan cepat..........


1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
2. Buat Exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah "Jogging" atau 
    berenang.




"SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA"......"CAYOK!!