Happy BirthDay Big GurL

Daisypath - Personal pictureFarah Manja Happy Birthday tickers

ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

I'm TRYING TO CONCEIVE......

Lilypie Trying to Conceive Event tickers

MeMoRiAL....

Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, June 28, 2011

BAIKNYA ALLAH..........

Surah A-li'Imraan

A133

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; ( A-li'Imraan 3:133 )

A134

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; ( A-li'Imraan 3:134 )

A135

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). ( A-li'Imraan 3:135 )

A136

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. ( A-li'Imraan 3:136 )

surah az-Zumar

A053

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ( Az-Zumar 39:53 )

Khubur......Dunia Sementara Akhirat Selamanya........


Kubur adalah akhir perjalanan semua manusia kubur dan nisandi dunia
tempat menuai amal baik dan amal buruk
semua manusia pasti singgah dalam ruang kubur
tak ada lagi kata-kata indah
semua pintu tertutup sudah jika sudah memasukinya
harta tahta dan keluarga ditinggal
tak ada yang mampu menemani
tak ada lagi kata-kata kebaikan
karena gerbang sudah dikunci
manusia paling kuat sekalipun
akan mati dan menimba perbuatannya

hati paling keras sekalipun
akan kecut dan membisu hingga lunak bagai lumpur
Apalagi yang dapat kita banggakan jika sudah memasukinya
apalagi yang mampu kita tertawakan 
jika alam kesepian penuh cacing dan tanah basah
menjadi rumah kita
yang tinggal hanyalah
kesedihan dan penyesalan tiada tara
kita semua mesti berbuat kebaikan dengan sungguh-sungguh hanya untuk kubur
manusia mesti banyak memikirkan berapa luas kavling kita di kubur
bukan berapa banyak tanah dan rumah terbeli
dan bukan berapa banyak kendaraan mewah dan makanan tersedia
kubur adalah akhir perjalanan
semua atribut dan kemewahan tak akan dibawa
hanya iman dan amal shaleh yang mampu menyelamatkan 
dari siksa kubur yang pedih
tak ada tawar menawar untuk membeli surga dan segala kenikmatan disana
hanya iman dan amal shaleh yang mampu menaungi
dari panasnya api yang menyala
kubur adalah persinggahan sementara dan penentu 
sukses dan tidaknya kita di alam akhirat 
yang jelas dan pasti akan datang
banyak-banyak menangislah untuk kubur
banyaklah berkunjung ke kubur (jangan hanya mall dan pasar saja yang kita kunjungi)
agar hati selalu ingat mati
suatu saat
nama kita akan terpajang
pada batu nisan yang bisu
tak ada lagi pangkat dan jabatan tertera disana
hanya nama, tanggal lahir dan hari wafatnya kita
fulan bin fulan 
lahir 8 desember 1973
wafat 29 Januari 2009
atau
fulanah binti fulan
lahir 21 Juni 1975
wafat 28 Januari 2009

inilah yang mesti kita cetak tebal dan persiapkan
dan masukkan dalam agenda kerja kita
di kamar dan ruang kerja, kantor serta toko kita
kerja untuk kubur 
berbuat kebaikan untuk kubur 
beramal untuk kubur
hari ini, besok dan lusa 
mesti berbuat sesuatu untuk kubur 
karena kubur sudah menunggu
ruang telah dipersiapkan 
bagai kamar pengantin
inilah saat untuk menghiasinya 
tak perlu lagi menunda-nunda
siapkan waktu dan tenaga 
agar kamar kubur kita tampak indah
dengan banyak menangis dan ibadah sekuat tenaga
jangan hanya untuk dunia kita kerja
tapi untuk kubur juga kita mesti kerja
agar tak menyesal kita dengan berkata,
"Ya Rabbku, kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku berbuat amal shaleh terhadap
apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Al Mu’minun : 99 - 100)

Kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu

Selamat hari ibu. Kasih mu tiada galang gantinya

Tiada wang atau ungkapan yang dapat mengantikan kasih ibu yang tidak pernah berbelah bahagi menyayangi anak-anaknya. Kadang kala kita terlupa yang kita ini pernah menguris hati ibu samada secara zahir atau perlakuan kita. Tahu tak kita tidak boleh mengucapkan walaupun perkataan ‘Ah’ sekali pun telah dianggap menderhaka. Takut mendengar menderhaka kepada ibu tidak akan dapat cium syurga.
Apabila sudah berumah tangga telah menjadi seoarang isteri, dapat memahami berapa susah tugas yang dipikul oleh seorang isteri.

Benar ungkapan mengenai ibu, ‘si ibu boleh menjaga anak 10 orang tetapi belum tentu 10 anak boleh menjaga seorang ibu’. Sementara ibu kita masa ada di muka bumi ini dampinglah mereka dan ambil berat tentang mereka. Wang ringgit bukanlah yang diharapkan oleh seorang ibu tetapi adalah tumpahnya kasih sayang seorang anak. Ibu tidak akan senang duduk jika mengetahui si anak akan pulang. Masa ini adalah masih paling si ibu akan bersusah payah menyediakan menu kegemaran si anak dan merasa puas si anak dapat menikmati hasil tangan sendiri. Selalulah berdoa untuk orang tua setiap kali lepas solat 5 waktu. Hanya doa anak yang soleh bekalan untuk orang tua jika tiada lagi di dunia ini.

Aku dapat merasakan diriku sebagai seorang isteri dan bakal seorang ibu satu hari nanti adalah paling sedih sempena sambutan hari Ibu esok (8 Mei 2011). Semasa ibuku masih ada boleh dikatakan setiap hari aku menelefon ibu untuk bertanya khabar. Suamiku pernah berpesan kepada aku selalulah ambil berat kepada ibu sendiri jika sudah tiada nanti tidak berguna sesal dikemudian hari. Jari aku tidak dapat meneruskan untuk menaip lagi kerana kelopak mata sudah mula mempunyai tanda-tanda terbitnya air mata. Cukup setakat ini dahulu. Selamat hari ibu. Halal makan minum dan ampuni segala dosa si anak ini.

Friday, May 6, 2011

SAKIT TEKAK........

KALAU LAH ADA PILIHAN……SOALAN YANG TAK PASAL2 BUAT SENAKKAN OTAK

Materialistik?
Siapa yang tak nak kaya dalam dunia ni?
Ikhlas tanya, siapa yang lebih rela miskin dari kaya?
Cuba tanya orang miskin,
Cuba tanya orang kaya..
Agaknya nak tak mereka tukar tempat.
Kata orang,
Duit bukan segala gala nya.

Duit bukan jaminan kebahagiaan.
Betul.
Setuju.
Tepat.
Duit tidak boleh beli kebahagiaan.
Tapi duit dapat beli handbag Jimmy Choo.
Dapat beli kasut Prada.
Dapat beli Kediaman mewah,
Dapat beli kereta Idaman.

Duit tak dapat beli kesihatan.
Tapi duit dapat bayar bil hospital
dapat bayar khidmat doktor pakar yg terpilih
dapat bayar harga ubatan yang terbaik.

Duit tak dapat beli kasih sayang,
tapi duit dapat beli bunga untuk hari jadi
duit dapat beli hadiah tanda ingatan
duit dapat bantu yg tersayang sewaktu terdesak.

Duit tak dapat beli ketenangan jiwa
tapi duit lah yang boleh membantu kita mendekatkan diri kepada Dia.
Menunaikan tanggung jawap sesama agama.
menderma dan membina rumah ibadat,
Menjadi tetamu Allah di bumi Mekah

Miskin adalah punca kufur.
Kaya itu menbenihkan riak.
Kalau banyak duit sekali pun,
akhir nya mati itu pasti.
Miskin pun kalau dah tiba ajal, mati jugak.
Awak nak mati dalam kekayaan atau dalam kemiskinan?
Ok, jawap dengan ikhlas..betul2 ikhlas.
Nak ke tak nak jadi kaya?
Tak nak?
Kalau tak nak bagi aje kekayaan awak tu pada saya.
Saya nak jugak merasa 'kaya' sekali sekala.
Apa salah nya kannn...
Saya tak hipokrit,
terus terang saya cakap ni.
Tapi biarlah kekayaan itu kekayaan yang di berkati Allah,
yang diredhai Allah,
Biarlah kekayaan itu kekayaan yang menjadikan saya lebih mengingati mati
Kerana wang tidak boleh membeli usia.
Bila dah tamat tempoh,
kaya atau miskin
kita tetap mati juga.

(Si Milah kata, I Lab U, U lab I saja tak kenyang, kalau tak de duit beli beras kebulur jugak......)

LELAKI MMG MACAM TUH!!!!

Eh hai, korang tunggu entri saya ke?? hahahha. Gurau je la, jangan muntah dulu o_O. Urmm, tibe-tibe terasa tak pandai nak bergurau di alam maya ni. Bergurau secara live lagi best kan? hehehhe. Dah start merepek nih T__T.

Nak cite nih, satu hari tu kan, ada segerombolan mak kiah dan seorang pak cik jalan-jalan kat bandar. Lepas tu kan, berenti kat kedai pertama nih. Sambil belek-belek barang elektrik, terus pak cik ni tangkap cintan dan berkenan kat satu barang nih. Kalau tak tarik tangan dia, mak kiah rasa, pak cik ni dah tentu beli dah. Aihhh, mane boleh. Tak boleh secepat tu. Nggak boleh pak.

Mak kiah rasa la kan, ada baeknye kite pergi tengok seluruh kedai elektrik yang ada kat bandar ni haa. Bukan apa, takut kedai Fahrin harganya RM190. Nanti kan kalau kat kedai Farid Kamil rege dia RM150 pulak. Haa, kan dah naya kat situ. Kerugian akan berlaku. Hahahaha. Nampak benor berkira. Sebenornye kan, Mak kiah tak kisah kalau minyak kete habes satu tangki. Tak kisah jugak kalau mak kiah kene drive sampai lenguh kepala lutut ni. Takde hal. Padahal kan, kadang-kadang harga dapat la kurang dalam 2 hinggit je atau paling koman 20 hinggit je. Nampak tak berbaloi kan?? Tapi percayalah, kepuasan di hati mak kiahs akan menjadi tak ternilai rasanya selepas dapat buat kajian pasaran [tiba-tiba masuk subjek ekonomi plak].

Ok, sambung balek. Sambung balek [time bersemangat nak menaip, tak boleh melalut banyak sangat]. Pak cik mengikut geng mak kiahs dengan berat hati. Dari satu kedai ke satu kedai. Dengan harapan akan bertemu dengan pujaan hati pak cik tadi. Namun hampa, barang tersebut tiada. Gengs mak kiahs tahu yang hati pak cik berada di kedai pertama tadi. Lepas dah cari kat semua kedai, tapi tak jumpa jugak, maka mak kiahs pun ambik keputusan untuk pergi balek ke kedai pertama tadi. Yelah, kat situ dah ada cinta hati pak cik. Opss! bakal cinta hati pak cik [sebab tak beli lagi jadi kene gunakan ayat bakal].

Sampai sana [kedai pertama tu la], terus buat perdebatan harga, runding-runding sikit. Pantun takde ar, yelah setakat nak beli barang elektrik apa la sangat nak berpantun bagai kan? Lepas bersetuju, terus di angkut pulang ke rumah. Wahhhh! Sonyum sampai ko tolingo yooo pok cik. Amboiiii.

Nampak tak pengajaran dari entri nih? Jangan tengok kecincaian entri ni je yek. Tapi sini ada pengajaran dia. Meh aku kabo eh. Luper plak. Kabo tu dalam bahasa modennya adalah beritahu X_X

Di dalam kehidupan kita, seperti yang kita sedia maklum. Perempuan dan lelaki adalah berbeza [arh! korang lebih terel ar dari aku]. Dalam hal pak cik ni, dia simple jerk. Apabila dia tengok barang yang dia berkenan. Terus jer nak beli. Tawar-menawar sekali dua je. Dari harga RM190 jadi RM170. Eh terus bersetuju. Dorang tak reti nak pusing-pusing. Aku rasa lelaki ni segan nak tawar-menawar, tak pun ego, tak pun duit dorang banyak sangat kot.

Tak macam mak kiahs tu kan, dah memang jenis pompuan. Nak jugak pusing satu bandar cari benda yang sama dengan harapan akan dapat harga RM100. hahahhaha. Serius! Mak kiahs tak kan malu nak tawar-menawar sampailah dia dapat harga yang dia nak. Tokey kedai yang baek akan mengeluarkan kata-kata sebegini 'haiyaaa, lugi ar ini macam mek. mane boleh, boleh tutup kedai la ini macam' Gugur rambut apek tu disebabkan kepeningan melayan mak kiah. Arrhh! tak kire. Mak kiahs nak jugak harga tu. 

Perbezaan macam ni la yang selalunya akan buatkan kite terfikir. Lelaki adakala memandang sesuatu benda tu ringkas, tak berbelit-belit. Perempuan pulak, biasanya akan memandang dari semua genap dan sudut, sampai berpintal-pintal kepala otak duk fikir. Errkkk!

Kesimpulan dia :: 
Mak kiahs TAK KISAH kalau berjumpa dengan lelaki macam tu. Sebab mak kiahs tahu memang lelaki dah ditakdirkan macam tu. Peranan mak kiahs sebagai perempuan yang nak masuk golongan prihatin ingin menyelamatkan $$$$ pak cik tu je. Yelah, mana boleh nak biarkan duit pak cik tu mengalir macam tu je kan. Kesian penat lelah dia nak dapatkan $$$$$. Tapi mak kiahs akan KISAH kalau berjumpa dengan lelaki yang  lebih berkira dari mak kiahs. Lebih dan lebih dan lebih berkire sampai boleh dikategorikan kedekut/kupik. Errrrkkkkkkkkk! Wey lu, agak-agak la. Kalau ko pak cik, biarlah jadi pak cik. Jangan nak jadi mak kiahs pulak. Ko tu lelaki. Jadi kene macho ok T_T [hahahha. teringat kat anak buah aku. macho = pandai] Jadinya tuan/puan sekalian, sama-samalah kite fikir akan hal ini [fikir sekejap jadi ar, err itupun kalau awak dan awak rajin fikir], kalau tak rajin boleh je terus BW ke belog orang lain T__T. 

Thursday, April 14, 2011

NIKMAT MASA LAPANG


Sedang menelaah AlQuran



Dari Ibnu Abbas RA dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya dengannya ialah WAKTU SIHAT dan MASA LAPANG“. (Riwayat Bukhari).

Adakah kita termasuk dalam orang yang terpedaya seperti yang disebutkan di dalam hadith tersebut? Mudah-mudahan kita sedia merencana langkah yang bijak bagi mengisi masa lapang. Apatah lagi musim cuti sekolah menjanjikan kita dengan pakej-pakej pelancongan yang menarik. Tetapi, tanpa kita sedari, kita tidak mengisi jiwa kita dengan benda-benda berfaedah.

NIKMAT MASA LAPANG

Masa lapang juga merupakan sejenis nikmat pemberian Allah. Allah berikan kita 24 jam dan kitalah yang merencananya adakah ia bermanfaat atau pun tidak. Berapa banyakkah masa kita terbuang begitu sahaja? Nampaknya lebih banyak masa kita lalai dari kita memanfaatkannya.

MEMBACA DI MASA LAPANG

Antara perkara yang patut di isi oleh kita samada guru ataupun pelajar sekolah mahupun sesiapa sahaja yang berasakan dirinya terasa mempunyai masa yang lapang, eloklah kita merancang membaca agar kita lebih berilmu dan dapat memberi manfaat pula kepada orang lain.
Tetapi bagaimana anda mengisi masa lapang dengan membaca sedangkan anda belum lagi menyediakan draf rancangan membaca? Mari kita buat sedikit kerja rumah yang mudah tetapi berharga.
Sekurang-kurang anda perlu membuat satu rekod mudah bagi program membaca di masa lapang. Senang sahaja.

PROGRAM MEMBACA DI MASA LAPANG

1. Sediakan kertas kosong dan pen
2. Buat 6 Kolum. Kolum pertama BIL, Kolum 2 Jenis Buku, Kolum 3 Nama Buku, Kolum 4 tarikh pelaksanaan, Kolum 5 hasil dan Kolum 6 output/faedah.
3. Isikan semua item dengan jujur dan tetapkan matlamat yang mudah dahulu.
4. Simpan rekod anda!
Sebenarnya jika anda mempunyai kemahiran dalam excell, bolehlah membuatnya dan mencetak agar lebih menarik.

Jom kita lakukan.

Contoh :
BIL 1
JENIS BUKU hadith
NAMA BUKU ringkasan sahih bukhari
TARIKH PELAKSANAAN 20 /11 – 27/11
HASIL berjaya
OUTPUT/FAEDAH menulis hadith2 yang dibaca di dalam facebook.
“NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH”