Happy BirthDay Big GurL

Daisypath - Personal pictureFarah Manja Happy Birthday tickers

ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

I'm TRYING TO CONCEIVE......

Lilypie Trying to Conceive Event tickers

MeMoRiAL....

Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, May 6, 2011

SAKIT TEKAK........

KALAU LAH ADA PILIHAN……SOALAN YANG TAK PASAL2 BUAT SENAKKAN OTAK

Materialistik?
Siapa yang tak nak kaya dalam dunia ni?
Ikhlas tanya, siapa yang lebih rela miskin dari kaya?
Cuba tanya orang miskin,
Cuba tanya orang kaya..
Agaknya nak tak mereka tukar tempat.
Kata orang,
Duit bukan segala gala nya.

Duit bukan jaminan kebahagiaan.
Betul.
Setuju.
Tepat.
Duit tidak boleh beli kebahagiaan.
Tapi duit dapat beli handbag Jimmy Choo.
Dapat beli kasut Prada.
Dapat beli Kediaman mewah,
Dapat beli kereta Idaman.

Duit tak dapat beli kesihatan.
Tapi duit dapat bayar bil hospital
dapat bayar khidmat doktor pakar yg terpilih
dapat bayar harga ubatan yang terbaik.

Duit tak dapat beli kasih sayang,
tapi duit dapat beli bunga untuk hari jadi
duit dapat beli hadiah tanda ingatan
duit dapat bantu yg tersayang sewaktu terdesak.

Duit tak dapat beli ketenangan jiwa
tapi duit lah yang boleh membantu kita mendekatkan diri kepada Dia.
Menunaikan tanggung jawap sesama agama.
menderma dan membina rumah ibadat,
Menjadi tetamu Allah di bumi Mekah

Miskin adalah punca kufur.
Kaya itu menbenihkan riak.
Kalau banyak duit sekali pun,
akhir nya mati itu pasti.
Miskin pun kalau dah tiba ajal, mati jugak.
Awak nak mati dalam kekayaan atau dalam kemiskinan?
Ok, jawap dengan ikhlas..betul2 ikhlas.
Nak ke tak nak jadi kaya?
Tak nak?
Kalau tak nak bagi aje kekayaan awak tu pada saya.
Saya nak jugak merasa 'kaya' sekali sekala.
Apa salah nya kannn...
Saya tak hipokrit,
terus terang saya cakap ni.
Tapi biarlah kekayaan itu kekayaan yang di berkati Allah,
yang diredhai Allah,
Biarlah kekayaan itu kekayaan yang menjadikan saya lebih mengingati mati
Kerana wang tidak boleh membeli usia.
Bila dah tamat tempoh,
kaya atau miskin
kita tetap mati juga.

(Si Milah kata, I Lab U, U lab I saja tak kenyang, kalau tak de duit beli beras kebulur jugak......)

LELAKI MMG MACAM TUH!!!!

Eh hai, korang tunggu entri saya ke?? hahahha. Gurau je la, jangan muntah dulu o_O. Urmm, tibe-tibe terasa tak pandai nak bergurau di alam maya ni. Bergurau secara live lagi best kan? hehehhe. Dah start merepek nih T__T.

Nak cite nih, satu hari tu kan, ada segerombolan mak kiah dan seorang pak cik jalan-jalan kat bandar. Lepas tu kan, berenti kat kedai pertama nih. Sambil belek-belek barang elektrik, terus pak cik ni tangkap cintan dan berkenan kat satu barang nih. Kalau tak tarik tangan dia, mak kiah rasa, pak cik ni dah tentu beli dah. Aihhh, mane boleh. Tak boleh secepat tu. Nggak boleh pak.

Mak kiah rasa la kan, ada baeknye kite pergi tengok seluruh kedai elektrik yang ada kat bandar ni haa. Bukan apa, takut kedai Fahrin harganya RM190. Nanti kan kalau kat kedai Farid Kamil rege dia RM150 pulak. Haa, kan dah naya kat situ. Kerugian akan berlaku. Hahahaha. Nampak benor berkira. Sebenornye kan, Mak kiah tak kisah kalau minyak kete habes satu tangki. Tak kisah jugak kalau mak kiah kene drive sampai lenguh kepala lutut ni. Takde hal. Padahal kan, kadang-kadang harga dapat la kurang dalam 2 hinggit je atau paling koman 20 hinggit je. Nampak tak berbaloi kan?? Tapi percayalah, kepuasan di hati mak kiahs akan menjadi tak ternilai rasanya selepas dapat buat kajian pasaran [tiba-tiba masuk subjek ekonomi plak].

Ok, sambung balek. Sambung balek [time bersemangat nak menaip, tak boleh melalut banyak sangat]. Pak cik mengikut geng mak kiahs dengan berat hati. Dari satu kedai ke satu kedai. Dengan harapan akan bertemu dengan pujaan hati pak cik tadi. Namun hampa, barang tersebut tiada. Gengs mak kiahs tahu yang hati pak cik berada di kedai pertama tadi. Lepas dah cari kat semua kedai, tapi tak jumpa jugak, maka mak kiahs pun ambik keputusan untuk pergi balek ke kedai pertama tadi. Yelah, kat situ dah ada cinta hati pak cik. Opss! bakal cinta hati pak cik [sebab tak beli lagi jadi kene gunakan ayat bakal].

Sampai sana [kedai pertama tu la], terus buat perdebatan harga, runding-runding sikit. Pantun takde ar, yelah setakat nak beli barang elektrik apa la sangat nak berpantun bagai kan? Lepas bersetuju, terus di angkut pulang ke rumah. Wahhhh! Sonyum sampai ko tolingo yooo pok cik. Amboiiii.

Nampak tak pengajaran dari entri nih? Jangan tengok kecincaian entri ni je yek. Tapi sini ada pengajaran dia. Meh aku kabo eh. Luper plak. Kabo tu dalam bahasa modennya adalah beritahu X_X

Di dalam kehidupan kita, seperti yang kita sedia maklum. Perempuan dan lelaki adalah berbeza [arh! korang lebih terel ar dari aku]. Dalam hal pak cik ni, dia simple jerk. Apabila dia tengok barang yang dia berkenan. Terus jer nak beli. Tawar-menawar sekali dua je. Dari harga RM190 jadi RM170. Eh terus bersetuju. Dorang tak reti nak pusing-pusing. Aku rasa lelaki ni segan nak tawar-menawar, tak pun ego, tak pun duit dorang banyak sangat kot.

Tak macam mak kiahs tu kan, dah memang jenis pompuan. Nak jugak pusing satu bandar cari benda yang sama dengan harapan akan dapat harga RM100. hahahhaha. Serius! Mak kiahs tak kan malu nak tawar-menawar sampailah dia dapat harga yang dia nak. Tokey kedai yang baek akan mengeluarkan kata-kata sebegini 'haiyaaa, lugi ar ini macam mek. mane boleh, boleh tutup kedai la ini macam' Gugur rambut apek tu disebabkan kepeningan melayan mak kiah. Arrhh! tak kire. Mak kiahs nak jugak harga tu. 

Perbezaan macam ni la yang selalunya akan buatkan kite terfikir. Lelaki adakala memandang sesuatu benda tu ringkas, tak berbelit-belit. Perempuan pulak, biasanya akan memandang dari semua genap dan sudut, sampai berpintal-pintal kepala otak duk fikir. Errkkk!

Kesimpulan dia :: 
Mak kiahs TAK KISAH kalau berjumpa dengan lelaki macam tu. Sebab mak kiahs tahu memang lelaki dah ditakdirkan macam tu. Peranan mak kiahs sebagai perempuan yang nak masuk golongan prihatin ingin menyelamatkan $$$$ pak cik tu je. Yelah, mana boleh nak biarkan duit pak cik tu mengalir macam tu je kan. Kesian penat lelah dia nak dapatkan $$$$$. Tapi mak kiahs akan KISAH kalau berjumpa dengan lelaki yang  lebih berkira dari mak kiahs. Lebih dan lebih dan lebih berkire sampai boleh dikategorikan kedekut/kupik. Errrrkkkkkkkkk! Wey lu, agak-agak la. Kalau ko pak cik, biarlah jadi pak cik. Jangan nak jadi mak kiahs pulak. Ko tu lelaki. Jadi kene macho ok T_T [hahahha. teringat kat anak buah aku. macho = pandai] Jadinya tuan/puan sekalian, sama-samalah kite fikir akan hal ini [fikir sekejap jadi ar, err itupun kalau awak dan awak rajin fikir], kalau tak rajin boleh je terus BW ke belog orang lain T__T. 

Thursday, April 14, 2011

NIKMAT MASA LAPANG


Sedang menelaah AlQuran



Dari Ibnu Abbas RA dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya dengannya ialah WAKTU SIHAT dan MASA LAPANG“. (Riwayat Bukhari).

Adakah kita termasuk dalam orang yang terpedaya seperti yang disebutkan di dalam hadith tersebut? Mudah-mudahan kita sedia merencana langkah yang bijak bagi mengisi masa lapang. Apatah lagi musim cuti sekolah menjanjikan kita dengan pakej-pakej pelancongan yang menarik. Tetapi, tanpa kita sedari, kita tidak mengisi jiwa kita dengan benda-benda berfaedah.

NIKMAT MASA LAPANG

Masa lapang juga merupakan sejenis nikmat pemberian Allah. Allah berikan kita 24 jam dan kitalah yang merencananya adakah ia bermanfaat atau pun tidak. Berapa banyakkah masa kita terbuang begitu sahaja? Nampaknya lebih banyak masa kita lalai dari kita memanfaatkannya.

MEMBACA DI MASA LAPANG

Antara perkara yang patut di isi oleh kita samada guru ataupun pelajar sekolah mahupun sesiapa sahaja yang berasakan dirinya terasa mempunyai masa yang lapang, eloklah kita merancang membaca agar kita lebih berilmu dan dapat memberi manfaat pula kepada orang lain.
Tetapi bagaimana anda mengisi masa lapang dengan membaca sedangkan anda belum lagi menyediakan draf rancangan membaca? Mari kita buat sedikit kerja rumah yang mudah tetapi berharga.
Sekurang-kurang anda perlu membuat satu rekod mudah bagi program membaca di masa lapang. Senang sahaja.

PROGRAM MEMBACA DI MASA LAPANG

1. Sediakan kertas kosong dan pen
2. Buat 6 Kolum. Kolum pertama BIL, Kolum 2 Jenis Buku, Kolum 3 Nama Buku, Kolum 4 tarikh pelaksanaan, Kolum 5 hasil dan Kolum 6 output/faedah.
3. Isikan semua item dengan jujur dan tetapkan matlamat yang mudah dahulu.
4. Simpan rekod anda!
Sebenarnya jika anda mempunyai kemahiran dalam excell, bolehlah membuatnya dan mencetak agar lebih menarik.

Jom kita lakukan.

Contoh :
BIL 1
JENIS BUKU hadith
NAMA BUKU ringkasan sahih bukhari
TARIKH PELAKSANAAN 20 /11 – 27/11
HASIL berjaya
OUTPUT/FAEDAH menulis hadith2 yang dibaca di dalam facebook.
“NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH”

RESEPIKU.......SELAMAT MENCUBA.......

Yg ni baru nampak rupa croissant sket :)
resepi ni asalnya utk bun biasa, tp nora pkai resepi ni utk buat croissant.

CROISSANT




Bahan A:

250 gm tepung wheat
250 gm tepung high protein
50 gm gula
30 gm susu tepung
11 gm yeast kering
1/2 t/spoon garam

Bahan B:

250 ml air
75 gm butter
1 egg

Bahan lain:

butter ( utk sapu pada doh yg di canai)
telur - glaze

cara2:

- masukkan B dlm BM. diikuti dgn bhn A.
- setkn dough ( 1 1/2 jam)
- kuarkn dr BM, tekan2 kuarkn anginnya.
- canai di atas tpt yg rata jadikan bentuk rectangle. nk canai nipis pun takpe. then sapukan butter sampai rata. pastu, lipat 2 n canaikan lg bentuk rectangle, sapu butter. lipat 2 lg.
- lakukan perkara sama 5X .
- rectangle yg ke 6 jgn sapu butter. potong serong jadikan bentuk triangle. lebar bwh triangle tu agak2 pjg separuh btg sosej. ( blh fhm ke x ni :)
- letak sosej di bhgn lebar triangle, gulung hingga habis.
- letak atas dulang pembakar n glaze telur, lapik ngn baking paper.
- bakap pd suhu 175 C selama 20 min/ golden brown.
- mkn panas ngn air kopi :)

p/s: klu x fhm bgtau ya. ayatnya dh dipermudahkn tp xtau fhm ke idak hehe. lupa nk amik pics step by step.


 
Homemade falafel





Bahan2 Falafel:


1 tin chickpeas (brand kimball)- toskan.
2 ulas bawang putih -cincang
3 tangkai parsley - cincang ( nora pakai 1 sudu kecil dry parsley)
1 sudu kecil serbuk ketumbar ( nora pakai 4 tangkai daun ketumbar)
1 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil serbuk lada hitam (klu nk lebih/kurangkan pn blh)
garam
minyak -menggoreng


Bahan2 lain:


*1 biji bawang besar - potong dadu
*1 biji tomato - potong dadu
*1 biji timun - buang biji bhgn tgh
*2 tangkai daun ketumbar - cincang
*1/2 biji terung potong dadu besar - di goreng (option)
roti pita
garlic mayonis ( mayonis biasa pun ok)


cara membuat falafel:



- masukkan chickpeas, bawang putih, daun parsley, serbuk/daun ketumbar, jintan, tepung, serbuk lada hitam dan garam ke dalam food processor. blend hingga hampir halus.
- bila dah sebati, bulat2kan ikut suka besar mana..asal muat dalam roti pita :)
- goreng dengan minyak yg byk ( biar tenggelam). sbb klu masak sebelah2 nti bila balikkan falafel tu akan pecah.


Cara penyediaan:
 


- roti pita di panaskan atas kuali non stick. supaya x melekat (nora pakai pembakar roti tu jer) dan belah dua.
- boleh isi bahan2 lain yg bertanda * ke dalam roti tersebut dan masukkan falafel. akhir sekali masukkan mayonis garlic.
- kalau suka makan ngn sos cili pun blh tambah atas mayonis.
- siap utk dihidangkan.


SELAMAT MENJAMU SELERA



Homemade lasagna (nora's style)

 



Bahan Lapis Pertama :

1 cup Pasta (apa2 jenis pasta-nora pakai swirl pasta)
3 cup air
2 sudu minyak masak
sedikit garam

cara:
- masukkan dalam periuk, masukkan air + minyak 2 sudu + sedikit garam.
-rebus hingga empuk.
- setelah empuk, tapis dan toskan. setelah di toskan, tuangkan ke dalam loyang pembakar dan ratakan.

Bahan Lapis Kedua:

1 cup daging cincang/ ayam bhgn dada cincang
*1 biji bawang besar - potong dadu
*2 ulas bawang putih - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
4 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil serbuk oregano
2 sudu besar minyak sayuran (nora pakai olive oil)
1/4 cup air

cara:


- masukkan minyak masak ke dalam kuali, bila panas..tumis bahan yg bertanda * hingga kekuningan.
- pastu masukkan tomato dadu, sos tomato, serbuk oregano.
- gaul sebati dan masukkan air. kacau lagi.
- bila dah mendidih, tuang ke atas pasta di dalam loyang tadi dan ratakan.

Bahan Lapis Atas :

4 keping cheddar cheese (klu nak pakai yg parut pun boleh)
1 paket serbuk creamy cream utk pasta (nora kadang pakai cream mushroom soup campbell)
1/2 cup susu segar

cara:

- cheddar cheese susun atas daging/ayam td.
- sediakan kuali dan masukkan 1/2 cup susu segar. api perlahan.
- masukkan pula serbuk creamy cream.
- kacau perlahan hingga sedikit pekat dan mendidih.
- tutup api dan tuang rata ke dalam loyang.
- panaskan oven suhu 170 degree.
- bakar hingga masak / atasnya kekuningan.

p/s: klu pakai serbuk soup campbell tu just bancuh 2 paket dalam secawan air panas. pastu tuangkan atas cheddar cheese td.

Masa penyediaan : 1 jam (termasuk bakar)




Chicken fajita/fahita (mexican recipe)

 

Bahan2:

2 keping ayam bahagian dada-potong dadu
2 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
*1 sudu kecil serbuk lada hitam
*2 sudu kecil serbuk cili ( nora pakai cili giling 1 sudu)
*1 sudu kecil serbuk jintan
*1 sudu kecil serbuk oregano
*1 sudu double cream (nora pakai yogurt)
*sedikit garam
2 sudu minyak zaitun

Lain:
1 biji bawang besar potong bulat
2 biji cili hijau besar - hiris
1/2 biji cili benggala hijau - hiris
1/2 biji cili benggala merah - hiris


caranya:

- tumis bawang putih, bawang besar yg di cincang bersama minyak zaitun.
- masukkan ayam, goreng hingga masak dan kekuningan
- masukkan bahan yg bertanda * dan gaulkan rata.
- akhir sekali, masukkan lain2 bahan dan gaul rata lg.
- pastu, bolehla dihidangkan.

p/s: klu pakai cili giling, tumis bersama bawang mula2 td.

 

Homemade cheese choc cake


lapisan atas:

250 gm cream cheese
60 gm gula
4 biji telur
25 ml air

caranya:

- masukkan semua bahan di atas dalam blend.
- blend hingga sebati.
________________

lapisan bawah:

5 biji telur
250 gm tepung gandum
250 gm gula
250 gm butter
1 sudu kecil baking powder
*1 cup gula perang
*1 cup air
*1 cup serbuk koko

caranya:
- bahan yg bertanda * di satukan ke dalam periuk kecil dan didihkan sekejap. ketepikan.
- dalam bekas lain, gula dan butter di pukul hingga kembang.
- masukkan pula telur sebiji2. pukul lagi.
- masukkan bahan bertanda * yg telah dididihkan tadi dan gaul rata.
- akhir sewkali masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati.

p/s: lapisan bawah di bakar 10 min pada suhu 175 celcius.
setelah itu tuangkan lapisan atas dan bakar pada suhu 165 celcius selama kira2 20 min. klu nak tau dah masak ke idak bhgn dalamnya, try cucuk ngn lidi/garfu/pisau. klu x melekat, insyaAllah dah masak dan boleh di kuarkan dr oven.
_______________________________________________________

p/s: di bawah ni resepi lain choc cake





Chicken masala roasted

 

Bahan:

1 ekor ayam (potong ikut suka, basuh n toskan)
1 paket rempah masala (tgk bhgn rempah kt hypermarket)
5 ulas bawang putih - kisar halus
1 biji bawang besar - kisar halus
1 inci halia - kisar halus
1/2 sudu mixed spices ( apa2 brand spt masterfood, mccomick)
1 sudu serbuk kunyit
sedikit serbuk ketumbar / 3 tangkai daun ketumbar dicincang halus
garam dan gula secukup rasa ( biasa rempah masala dah ada garam)
minyak zaitun

cara2:

-bahan2 di atas tersebut dilumurkan pada ayam hingga rata. perap selama 3 jam atau semalaman, biasanya nora perap malam n keesokan petang baru bakar so, bahannya perapnya lebih terasa.

bahan2 lain:
- cili hijau besar
( cili ni sgt harum n best bila di bakar-blh membuka selera)
- bawang besar - potong 4
- tomata - di potong 2 ( bakar bhgn kulitnya)



Nasi Beriani Masala - menu tghari ini




note : resepi bawah nie utk Nasi Beriani Johor, utk Nasi Beriani Masala, just tukar rempah Nasi beriani tu pada Rempah Beriani Masala. ni resepi lengkap nasi beriani johor, resepi ibu mertua nora.

Bahannya:

3 cawan beras basmathi (basuh dan toskan)
3 kuntum bunga lawang (pecah2kan)
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 helai daun pandan (simpul)
2 ulas bawang putih (kisar)
1 biji bawang besar atau 5 biji bawang merah (kisar)
1 inci halia (kisar)
3 sudu besar minyak sapi atau butter
air secukupnya
garam
serbuk perasa (option)
2 cawan kuah daging beriani (dicampur dengan 2 sudu pewarna khas utk nasi beriani)

Caranya :


tumiskan bawang putih, bawang merah/besar, dan halia hingga naik bau.
masukkan pula daun pandan, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis.
masukkan pula beras yg telah ditoskan tadi. goreng sebentar.
pastu, masukkan air secukupnya dan garam secukup rasa. serbuk perasa jika perlu.
tutup periuk.

p/s: seeloknya nasi dimasak setelah daging beriani dimasak sbb nakkan sedikit kuah dari daging beriani.






Cheese brownies- ready to bake

 

ni resepi nya, copy paste dr i luv islam..

Bahan-bahan
180 gm butter-dicairkan
275 gm. gula perang
3 biji telur
1 sudu teh vanilla essence
120 gm. tepung naik sendiri
70 gm. serbuk koko

Cheese filling:
250 gm. cream cheese
45 gm. butter
80 gm. gula icing
1 biji telur
Sedikit chocolate chips (ditabur di atas brownies)

Cara Penyediaan:
(1) Gaul butter yang telah dicairkan dengan gula perang hingga sebati
(2) Masukkan telur, sebiji setiap kali. Gaul hingga betul-betul sebati. Masukkan sedikit vanilla essence
(3) MAsukkan tepung dan serbuk koko secara perlahan-lahan dan kacau hingga terasa lembut.
(4) Untuk cheese filling: pukul cream cheese, butter and gula icing hingga sebati. Tambahkan telur dan kemudian teruskan memukul.
(5) Tuangkan setengah drpd adunan brownie ke dalam diikuti cheese filling.
(6) Tuangkan lebihan adunan brownie tadi di atas cheese filling. Taburkan chocolate chips di bahagian atas brownies.
(7) Bakar di dalam oven (170ºC selama 40 minit)



Chicken tandoori bermadu

 


Bahan tambahan:

bawang putih*
bawang besar*
halia*
cili kering* (option- rempah tandoori tu dah rasa pedas sket tp anak2 stil blh mkn)
serbuk pala
serbuk lada hitam ( option)
0regano
garam/gula
madu
minyak zaitun

-yg bertanda *, blend dulu ya.
- gaulkan ngn ayam
- perap dalam 2 jam ( biasa nora perap satu mlm, letak dlm freezer)





Pizza roti

 



bahannya:
roti keping
sosej (hiris)
sayur campur
cheddar cheese
sos tomato (sapu atas roti)

cara:
- pas sapu tomato sos atas roti. blhla susun semua bhn2 lain.
- letak atas dulang pembakar n bakar pada suhu 180C selama 10 min.
- siap utk di mkn :)

p/s: bhn kt atas tu blh letak jg tuna + bwg besar hiris ke. telur hancur ke, dll. ikut kreativiti sendiri.



chicken mandy-ready to bake

 

Bahan2 perap:

mandy spices
- nutmeg (buah pala kering) beli yg dah siap kisar dlm botol kecik cam oregano tu.
- cengkih
-pelaga
-halia
-lada hitam
-garam

Cara:
-semua bahan kt atas tu kisar halus n lumurkan pada ayam
(ni bhn mandy yg sebenar) tp telah di alter oleh nora dgn suka hatinya :)

Bahan tambahan:
- serbuk kunyit (hr tu tgk kt tv rest hadramawt, dia letak serbuk kunyit - yemeni mandy recipe)
- serbuk oregano, parsley, mint
- oilve oil
- garam/gula

Cara2:
-lumurkan semuanya pada ayam.
- bakar pada suhu 200 celcius hingga masak.

bahan lain:
- tomato cherry
- bawang besar (potong ikut suka
-kentang ( potong dadu besar)
- cili hijau ( menaikkan aroma) - x letak sbb xde stok kt umah :)







Mandy rice -traditional saudi dish.

 

3 cups basmati rice.
1 tablespoon butter.
1 large onion, finely chopped.
1 small tomato, finely chopped and removes all the seed.
4 whole cardamom pods.
6 whole cloves.
6 black peppercorns.
4 1/2 cups water or chicken stock.

bhn lain:
saffron/pewarna makanan.

cara2:
-cairkn butter, tumis bwg dn bhn2 lain kecuali beras n air. bila dah naik bau, baru masukkan beras n gaulkan rata sebentar.
-akhir skali masukkan air secukupnya.
- klu ada blh masukkan safron atau pewarna mknan sedikit.

note: biasanya ayam selepas di panggang, dimasukkan ke dalam nasi. sbb kt ayam tu yg pakai rempah mandy. jadi blh tgk recipe bawah nie utk ayam.





 
chicken mandy

 

1 chicken cut into 4 pieces.
2 teaspoons 'mandy mix spice'.
1 teaspoon salt.
olive oil

Cara2:


-lumurkan pada ayam n bakar pada suhu 200C hingga keperangan.

mandy mix spice
2 tablespoons cardamom pods.
2 tablespoons cloves.
2 teaspoons black pepper.
1 whole nutmeg .
1 tablespoon deride ginger.
4 bay leaves .

Blend or process spices together until finely crushed.

note: semua bhn mandy spices ni ada jual yg dh blend. just cr kt hypermarket.





Kek marble caramel- bhgn puding tu kaler gelap,pkai brown sgrKEK MARBLE CARAMEL KUKUS


-nora suggestkan kukus sbb lg cantik n lembut teksturnya.

Lapis pertama (karamel)

gula
loyang
- ratakan gula atas loyang n letak loyang atas api, biiarkan gula cair n sedikit keperangan.

Lapisan Kedua (puding)

50 gm gula perang
3 biji telur
1/2 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu tepung custard

- campur semua sekali n gaul rata.
- tuangkan atas loyang yg ada caramel td n kukus sebentar.

Lapisan Ketiga
Bahan2nya:

1 1/2 cawan gula
1 1/2 cawan butter
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
5 biji telur (asingkan putih dan kuning, pukul yg putih hingga kembang)
pewarna merah, hijau, kuning

Cara2nya:

1. tak kirala pakai mixer atau pukul pakai tangan, mana2 pun boleh. ummi pakai tangan je dulu, masa tu tak beli lg mixer.
2. pukul butter dan gula hingga kembang.
3. masukkan telur kuning sebiji-biji hingga habis
4. masukkan putih telur dan dipukul lagi
5. masukkan esen vanilla. gaul rata.
6. ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat.
7. masukkan tepung sikit2 dalam adunan tadi. gaul hingga rata.
8. bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
9. letakkan pewarna merah, hijau, kuning
10. ambil loyang dan griskan...
11. letak dua sudu adunan yg berwarna kuning ditengah2 loyang.
12. pastu, letak 2 sudu adunan merah di atas adunan kuning tadi.
13. letak 2 sudu adunan hijau di atas adunan merah tadi.
14. ulangi step 11, 12 dn 13 tadi hingga habis kesemua adunan.
15. Bakar adunan kek pada suhu 360 degree selama 30 minit.






 
Chilled cheesecake with blueberry filling- rupanya x cun




Bahan A :

- 5 paket biskut oat brand OK ( coklat / strawberri&rasberri)
( suka pkai biskut nie sbb bau & rasa dia sedap)
- 3 sudu buttercup

Cara :

- blend kering hingga halus, gaulkan dengan butter.
- rata dan tekapkn dalam loyang yg telah dilapik dgn baking paper.
- ketepikan

p/s: lg bagus loyang yg blh asingkn tapak dan tepinya sbb senang nk kuarkn kek tersebut dan bhgn tepi kek akan lebih licin. kek kt atas ni pkai loyang biasa, lapik baking paper bhgn bawah n tepinya, sbb tu tepi jd gitu ( kes xde masa nk betulkn paper bhgn tepi tu ).

Bahan B :

1 cup blueberry
2 sudu air suam

Cara :


- blueberry dan air suam di satukan dan kacau rata.

Bahan C :

250 gm cream cheese
80 gm gula kastor ( pakai gula biasa jer blend halus)
1 cup yogurt plain ( klu nk letak yogurt berperisa pn blh)
1 cup vanilla ice cream (option-klu x letak pun xpe)
1 biji lemon jus ( ambil jusnya)
secubit garam

Cara :

- putar cream cheese dan gula kastor dalam mixer. hingga kembang.
- masukkan yogurt,lemon jus, ice cream dan secubit garam, kacau rata. ketepikan.

Bahan D :

2 sudu besar rata gelatin halal gel
150 ml air suam

Cara :

- satukan, dan kacau sebati


Cara2 keseluruhan :

- Bahan B di ratakan ke atas bahan A di dalam loyang.
- Bahan C dan D di satukan, dan kacau rata menggunakan mixer.
- akhir sekali, bahan C dan D yg telah di satukan...di tuangkan ke atas bahan A dan B.
- masukkan dalam peti ais. sejukkan dalam 5 jam.

p/s: bahan B tu klu xnak buat lapisan kedua pun xpe. just masukkan dalam adunan C, jgn kacau rata. maknanya, adunan B tu di masukkan ke dl


 
Mmh Spices fried chicken








-bersihkan ayam n toskan
- gaulkan ayam bersama garam, kunyit, kari dan mixed spices.
- letakkan tepung goreng ayam dalam pinggan
- lumurkan ayam tadi dengan tepung hingga rata.
- goreng dengan minyak yg byk (deep fry)
- api jgn terlalu besar, nti x masak dalam




 
YOGURT CHIFFON CAKE
Sumber: KAK YATI & MANJA FARAH





4 biji telur
60g gula kastor
110g yogurt
20g jus lemon
2 sudu besar minyak masak
40g tepung gandum
40g tepung jagung ( corn starch)
1 sdk baking powder



Bahan2 :

Asingkan putih dan kuning telur.
Pukul telur putih dengan setengah daripada gula sehingga kembang/bertanduk.
Dalam mangkuk lain, campur telur kuning dengan separuh daripada gula tadi,minyak masak,jus lemon dan yogurt. Dengan menggunakan hand whisk kacau sehingga sebati.
Ayak tepung gandum, tepung jagung dan baking powder ke dalam no.3. Kacau sehingga sebati.
Masukkan no.4 ke dalam no.1 . Kacau dengan kaedah kaup balik.
Masukkan adunan ke dalam loyang chiffon. Bakar dalam suhu 170 degree selama 40 minit.
Setelah masak, keluarkan kek dari oven. Terbalikkan yang kek tadi. Biarkan sejuk.
Bila dah sejuk bolehlah dikeluarkan dari loyang.


p/s: resipi ni di copy dr blog lain. ada tambahan info dr nora.
- loyang tersebut lg bagus klu di lapik ngn baking paper, senang nak kuarkan keknya nti dan setelah dikuarkan dr loyang, letak atas redai kek utk elakkan kek dr turun.
- potong bila sudah sejuk ngn pisau yg tajam.


 
 


Ayam Masak Merah...

Bahannya:

1 ekor ayam (dipotong lapan bhgn)
3 ulas bawang putih (kisar)
1 biji bawang besar atau 6 biji bawang merah (kisar)
1 inci halia (kisar)
10 tangkai cili kering (kisar)
3 sudu besar sos tomato
5 biji buah keras (kisar)
minyak
sedikit air
garam dan gula
serbuk perasa (jika suka)

Caranya:

- ayam dibersihkan, dipotong lapan bahagian. dilumur dengan garam dan kunyit dan goreng. tp jgn terlalu garing. ketepikan.
- tumis bawang putih, bawang merah, halia dan cili kering hingga minyak naik ke atas.
- masukkan sos tomato, buah keras, sedikit air, garam dan gula. serbuk perasa jika suka.
- gaul hingga rata dan sesuaikan rasanya.
- masak lagi hingga hampir mendidih.
- last skali, masukkan ayam yg telah digoreng tadi dan gaulkan hingga rata.
- boleh juga dituang atas ayam yg telah diletakkan dalam pinggan.
- ikut citarasa masing2

p/s : boleh juga ditambah secawan kacang peas semasa masukkan sos tomato.

acar.... bahannya: 1/2 batang carrot (dipotong memanjang) 2 batang timun (dipotong memanjang) 2 ulas bawang puthi (kisar) 1 biji bawang besar atau 5 biji bawang merah (kisar) 5 tangkai cili kering (kisar) 1/2 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu kecil biji sawi 1 sudu kecil bijan minyak caranya: - tumiskan bawang putih, bawang merah/besar dan cili kering hingga kekuningan. - masukkanserbuk kunyit, timun dan carrot yg telah dipotong memanjang (cam dalam pic tu ) - gaul hingga rata dan biarkan seketika. - masukkan pula, biji sawi, bijan, garam dan gula. - gaul hingga rata dan sesuaikan rasanya. p/s: klu kering boleh tambah sedikit air semasa masukkan biji sawi, dll.




Daging Beriani...

bahannya:
1/2 kg daging (dihiris atau potong kiub)
2 sudu besar rempah beriani
2 sudu besar rempah kari
2 uls bawang putih (kisar)
8 biji bawang merah atau 1 1/2 biji bawang besar (kisar)
1 inci halis (kisar)
5 batang cili besar hijau (kisar)
10 tangkai daun ketumbar
5 tangkai daun pudina
3 sudu besar minyak sapi atau butter
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 genggam gajus yg tidak dipanggang (1 genggam, dikisar dan 1 genggam lg letak camtu je)
1 genggam kismis
2 biji tomato (belah 4)
2 sudu sos tomato
1 cawan plain yogurt atau 1 cawan susu cair diperahkan dengan 2 biji limau nipis
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
serbuk perasa (jika perlu)

caranya :
panaskan minyak sapi / butter di dalam periuk.
tumis bawang putih, bawang merah/besar dan halia hingga naik bau.
tumiskan juga bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan rempah beriani dan rempah kari.
setelah itu, masukkan daging....gaul rata dan biarkan seketika.
masukkan yogurt yg telah dibancuh dengan air. gaulkan hingga rata.
masukkan pula sos tomato. gaul lagi.
masak hingga daging empuk.
setelah empuk...masukkan gajus, daun pudina, daun ketumbar, garam dan gula. juga serbuk perasa jika perlu. sesuaikan rasanya.
ambil 2 cawan kuah daging beriani dan dicampur dengan 2 sudu pewarna kuning, asingkan utk nasi.
setelah itu, masukkan tomato dan cili hijau yg telah dikisar.
apabila mendidih, boleh ditutup apinya.
Moist choc cake.

3 biji telur
2 cup gula
1 cup minyak sayur
1 cup susu cair
1 cup air suam
1 cup serbuk coco
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen coklat
2 cup tepung gandum

caranya:
- gula & telur di blend. setelah kembang, masukkan dalam bekas.
-pastu masukkan minyak, susu, air dan coco ke dalam telur & gula yg telah di blend tadi. kacau rata.
- masukkan esen coklat
- Tepung ganbum, soda bikarbonat dan baking powder di ayak bersama.
- masukkan ke dalam adunan seikit demi sedikit. kacau rata.
- masukkan dalam loyang.
- sebelum di bakar, panaskan oven suhu 175 celcius selama 10 min.
dan masukkan cake td, bakar selama 30 min.

Friday, March 18, 2011

INFO KESIHATAN

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi


2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak terasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.


3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.


5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.


6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.


Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.


7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.


8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.


9. MAKAN SIKIT TAPI BANYAK KALI
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


10. ELAK MAKANAN RINGAN
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.


12. MAKAN DILUAR
Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


14. TIMBANG
Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.


16. PILIH MAKANAN YANG BERASASKAN BIJIRIN DAN KEKACANG.
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


17. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.


18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS!
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


19. MEMASAK MAKANAN
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. MEMILIH HIDANGAN
Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!


21. BERJALAN JALAN SELEPAS MAKAN
Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.


22. BERBELANJA
Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.


23. GERAKKAN PUNGGUNG
Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.


24. PENGGUNAAN GULA
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.


25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing:-

- Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
- Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
- Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
- Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
- Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.




PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING
Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.


28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.


29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu


30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut:-

Ambil 5 halia bara ( Halia Cina )
10 biji lada hitam
30 ekor ikan bilis.

Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.



31. Mengurangkan Buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.


32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.


33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

MOTIVATIONAL SESSION WITH TUAN HAJI HUSHIM HAJI SALLEH


MOTIVATIONAL SESSION WITH TUAN HAJI HUSHIM HAJI SALLEH


My Life…….





So today was another day for Program Transformasi Belia Cemerlang Sesi 2/2010. Frankly, I’m getting tired of Program. Why? It’s because I’ve got lots of works waiting for me. Instead of attending the Program, I have work to key-in Data its because I’m working with Researcher in Research and Quality Unit, Faculty of Nursing. Next week is going to be a very busy week for me. God, please help me get through this.






The program today was very good even though I felt like I don’t want to attend it at first. The famous Motivator expert, Tuan Haji Hushim Haji Salleh was invited today to give talk about Thrust paradigm and few motivational sessions. I think I made a good decision to come today. It’s not everyday you will meet people like Tuan Haji hushim. He’s very motivated and successful. He’s also an ex-teacher.

Last few days, I’m feeling very demotivated. It thinks I benefit quite much from today session with Tuan Haji Hushim. Even though for few seconds my mind wasn’t there in the Seminar Hall.

The ‘ice-breaking’ session today was conducted by tuan Haji Hushim’s son, En. Ahmad Fauzan. He’s a lawyer and also a facilitator. The session was so fun and enjoyable.


The good looking En.Ahmad Fauzan


The famous Tuan Haji Hushim